News Update :

Selasa, 22 Mei 2012

Menghadapi Suami Yang Merokok

Print Friendly and PDF



Sebelum ini Blog AkuIslam.Com ada mengeluarkan artikel mengenai Bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin yang mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok. Klik sini untuk membaca artikel tersebut.
Tetapi bagaimana jika anda baru mengetahui suami anda merupakan seorang perokok?
Kebanyakkan lelaki lebih rela mengeluarkan wang hanya untuk membeli rokok, padahal selain mahal, rokok juga memberi kesan yang sangat tidak baik untuk kesihatan. Jika dihitung, perbelanjaan untuk rokok dalam satu bulan cukup besar. Andaikan sebungkus rokok berharga RM10 dan satu hari mereka mampu untuk menghabiskan satu bungkus rokok, maka dalam satu bulan bajet yang harus dikeluarkan adalah RM300, cukup besar bukan?
Belum lagi jika suami anda memiliki tabiat menghisap cerut yang harganya jauh lebih mahal. Bukankah lebih baik jika wang perbelanjaan tersebut disalurkan kepada wang dapur atau dimasukkan ke dalam akaun simpanan anak-anak?
Effect daripada sebatang rokok bukan hanya menjejaskan si perokok itu sendiri, malah orang-orang yang berada disekitarnya juga. Bahkan si perokok pasif (orang yang berada disekitar yang tersedut asap yang dikeluarkan perokok) mempunyai kesan negatif  yang lebih buruk berbanding perokok itu sendiri. Semestinya sebagai seorang isteri, perkara ini amat merunsingkan anda. Nak tegur suami takut dia terasa hati, tapi dalam masa yang sama diri sendiri dan anak-anak harus dilindungi.
Ada beberapa perkara yang dapat dilakukan untuk “berdamai” dengan tabiat yang dimiliki oleh suami anda ini, antaranya adalah:
1. Toleransi, sikap ini merupakan perkara utama yang harus dilakukan oleh anda. Anda tentu akan mengalami kesukaran untuk menyuruh suami agar menghentikan hobi tersebut. Dengan toleransi, lambat laun perubahan itu akan terjadi dan suami anda akan lebih menghargai anda.
2. Komunikasi. Jika tabiat serta ketagihan rokok suami anda sudah terlalu parah dan memerlukan perbelanjaan yang terlalu besar, bincangkan perkara tersebut dengannya. Pilih waktu yang tepat agar tidak terjadi perselisihan faham. Minta kepadanya agar boleh membahagikan waktu antara keluarga dan hobi.
3. Berikan kebebasan kepada suami untuk melakukan ‘hobinya’, namun bukan kebebasan tanpa batasan, melainkan dengan tanggungjawab. Antaranya, minta dia merokok diluar penglihatan anak-anak. Dengan demikian, hobi itu tidak membuatnya menjadi jauh dari keluarga.
4. Sertai suami anda ketika dia sedang melakukan ‘hobinya’. Melalui cara ini anda boleh menambah keharmonian bersama suami anda. Biasanya lelaki suka merokok bersama-sama kawan-kawannya. Mana tahu bagi si perokok pula akan merasa segan dengan kehadiran anda dan aktiviti ‘berasap’ akan berhenti seketika.
Comments
0 Comments

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

 

© Copyright The Tutorial Blogger 2013 -2014 | Design by Onedra | Published by Templates | Powered by Blogger.com.

Pesan Admin :Selamat Datang Bro ≧◉◡◉≦ <div style='background-color: none transparent;'><a href='http://news.rsspump.com/' title='news'>news</a></div><div style='background-color: none transparent;'><a href='http://news.rsspump.com/' title='news'>news</a></div>